Alhamdulillah jam 3.39pm, dengan berat 3.43kg, bertempat di Hospital Putrajaya, saya selamat lahirkan anak ke 3 saya secara normal.. macam-macam dugaan Allah berikan.. Alhamdulillah anak membesar dengan baik, sihat..syukur..
16-28 Februari
Aynal Ryfqy diserang chickenpox
Ummi dah tak keruan.. bukan ape, sebab due dah hampir.. orang kata, bahaya pada ibu & anak dalam kandungan kalau terkena virus chickenpox ni.. tawakal je.. tapi abang dah besar, so minta ayah tolong jagakan.. tak boleh nak rapat-rapat sangat.. doc minta ummi jauh kan diri cikit dari abang.. mase ni harap-harap adik kena serentak, bukan doa.. tapi takut adik terkena bila baby dah kluar nanti..
19-22 Februari
En. Hubby diserang demam panas
Ya Allah, ummi rasa penat sgt.. dalam keadaan sarat tu perlu jaga anak, suami yang tak sihat.. ummi pun tak terlarat nak angkat badan sendiri, namun demi orang-orang tersayang, ummi gagahkan jua.. bermalam di rumah ibu.. en.hubby tak larat nak drive balik rumah.. kebetulan malam sebelum en.hubby sakit, kami bermalam di rumah ibu..
7-18 Mac
Ayna Sofea diserang demam panas, chickenpox
Ya Allah, mase ni lagi gementar rasa.. menjaga anak yg demam panas, chickenpox ditambahkan lagi dengan keadaan yang sarat menunggu hari.. waktu ni memang tak boleh mengelak.. ummi yang perlu jaga Sofea sebab Sofea tak nak dengan orang lain.. Sofea tak cukup besar untuk ummi titipkan pada abahtok.. ummi terpaksa ambil cuti.. kebetulan ummi dah rasa mild contraction, jadi doc bagi ummi mc 3 hari.. start 16hb ummi start ambil cuti bersalin sebab 12hb due ummi baby masih tak nak keluar.. hopefullu dl masa terdekat baby nak keluar..
12 Mac
Due baby
Baby masih sedap dalam perut.. masih tak nak keluar walaupun contraction banyak kali ummi rasa.. mungkin hikmahnya baby tak nak keluar awal-awal.. takut berjangkit dengan kakak abang nya..
18 Mac
Menyerah diri
Hari ummi perlu ke hospital kerana dah seminggu overdue.. ummi tahu, ummi perlu bermalam di hospital.. siap anak-anak pagi-pagi.. ummi terpaksa juga hantar Sofea ke sekolah walaupun belum sembuh sepenuhnya.. Alhamdulillah cikgu sekolah faham keadaan ummi yang perlu "menyerah diri" di hospital.. dalam jam 10am.. doc maklumkan jalan dah buka 2cm.. mungkin akibat contraction yg ummi rasa sebelum ni.. ummi perlu warded sebab doc jangkakan petang atau malam ummi akan bersalin.. ummi warded di Pusat Bersalin Berisiko Rendah, Putrajaya.. en.hubby teman sehingga habis waktu melawat.. malam ummi tak lena tidur..mengingatkan anak-anak di rumah, baby dlm perut yg masih tak nak keluat, ummi menangis juga malam tu.. masih tiada contraction.. doc cakap, kalau baby tak nak keluar juga..ummi kena induce esok..
19 Mac
Labour Room
Jalan masih kekal dah terbuka hampir 4cm.. namun tiada contraction.. walaupun kadang-kadang perut mengeras.. en.hubby dtg dlm 10.30am, bukan waktu melawat.. tapi pengawal kat Pusat Bersalin Berisiko Rendah tu takde la keras sangat.. so en.hubby boleh masuk.. sempat lah en.hubby buatkan air selusuh dan bacakan yassin sikit untuk ummi.. selepas makan tengahari, 12.30pm, ummi naik ambulans ke Hospital Putrajaya.. jangkaan ummi perlu di induce.. sampai hosp, ummi terus masuk labour room.. jalan dah terbuka 4cm.. doc kate tak perlu induce.. syukur Alhamdulillah.. 12.45pm air ketuban dipecah, sebab ummi lansung tak rasa contraction..
1.30pm
Doc maklumkan jantung baby drop sangat bila contraction kuat.. masa ni ummi dah rasa contraction.. doc perlu pantau jantung baby.. masa ni, ummi tak dimaklumkan apa punca bacaan jantung baby drop sehingga 50 bila ummi contraction..
2.30pm
Doc maklumkan mungkin ummi akan di operate sebab bacaan jantung baby masih tak cantik walaupun banya posisi baring ummi dah buat.. contraction kuat, tapi jalan baru nak masuk 5cm.. baru doc inform yang mungkin baby terlilit tali pusat.. masa ni Allah je tahu perasaan ummi.. kebetulan masa tu en.hubby pergi solat zuhur sebentar.. ramai doc yang datang pantau..
3.00pm
Tapi, doc yang betul-betul di tugaskan untuk jaga ummi berkeras tak nak ummi di operate.. sebab anak ummi sebelum ni bersalin normal.. jalan ummi pun dah buka sampai 5cm.. doc berusha buka jalan, Alhamdulillah 7cm dapat dibuka.. dlm contraction kuat ummi diminta meneran walaupun ummi tak rasa nak meneran.. waktu tu, doc cuba bantu baby cari jalan untuk keluar.. en.hubby diminta tunggu di luar.. masa ni doc beritahu, en.hubby tak keruan kat luar.. nasib la doc tu jenis bertenang.. muda lak tu.. Alhamdulillah dapat doc tu.. perempuan pulak tu.. jalan tak terbuka disebabkan baby tak boleh turun kerana leher baby terlilit tali pusat.. uri baby tarik baby dr keluar, sebab tu contraction tak ada walaupun jalan dah buka 2cm sebelum ni..
3.39pm
Selepas hampir setengah jam ummi perlu meneran.. doc dah bersiap sedia.. kata doc, kepala baby dah nampak.. klau ababy masih x boleh keluar doc akan vacum.. en.hubby d panggil masuk semula.. tepat 3.39pm, baby selamat keluar tanpan di vacum.. subhanallah mase tu Allah je tau betapa leganya perasaan ummi.. jangkaan doc benar.. leher baby terlilit tali pusat.. masa ummi perlu meneran untuk keluarkan kepala baby, ummi dah habis kudrat....
No comments :
Post a Comment