14.10.1988 - 02.02.2015 -Tenanglah engkau disisi penciptamu.. Alfatihah..
Pada subuh 02.02.2015 (Isnin) yang lepas.. kami sekeluarga dikejutkan dengan pemergian sepupu rapat kami Muhammad Amirul Ihsan yang lebih mesra kami panggil adik Ihsan kerana arwah mempunyai abang kembar. Arwah dijumpai sudah tidak bernyawa oleh orang ramai pada jam 3am di roundbout kecil Uniten. buat masa ni, polis klasifikasikan kes arwah sebagai langgar lari.
Arwah baru je 27 tahun, setahun lebih muda dari saya.. dah lama sebenarnya saya tak berjumpa arwah kerana arwah belajar dan bekerja di luar negeri Selangor. cuma baru-baru ni arwah mula bekerja di UPM.. pada 22.01.2015 lepas, arwah menghadiri majlis tahlil yang diadakan dirumah makcik.. tapi masa tu saya pula tak dapat hadir.. sempatlah mereka sepupu-sepupu yang ada bergambar beramai-ramai. itulah kali terakhir arwah berjumpa dengan saudara mara..dan ketika itulah mereka merakamkan gambar terakhir bersama.. paling sedihnya, pegawai baru melangsungkan pertunangan pada 31.01.2015 (Sabtu)..
Gambar terakhir arwah bersama sepupu-sepupu (22.01.2015) |
Alhamdulillah, saya & suami berkesempatan untuk pergi melawat jenazah.. kebetulan wilayah bercuti, en.hubby pun bercuti.. anak-anak saya hantar ke sekolah.. anak-anak masih kecil, tak larat rasanya kalau saya nak handle mereka berdua kerana en.hubby ikut sama ke tanah perkuburan.. hanya terkilan kerana saya tak dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir kerana dihalang oleh makcik (ibu arwah) kerana keadaan saya yang sedang sarat mengandung. ikutkan hati nak melhat wajah arwah buat kali terakhir, tetapi saya bertanya dahulu kepada ibu arwah, ada kecederaan atau tidak.. ketika itu makcik menghalang.. en.hubby dapat tatap wajah arwah buat kali terakhir.. luka tak banyak, tetapi cuma bengkak sedikit dan kesan post mortem sahaja.. saya ikutkan sahaja apa yang orang tua cakap.. tapi sehingga kini saya masih teringat-teringat dan masih cuba menggambarkan bagaimana keadaan arwah ketika ditemui.. nasib saya tak tatap wajah arwah, jika tak pasti saya tak lena untuk lelap kan mata..
Arwah berbaju merah.. berdiri di sebelah arwah adalah kembarnya.. |
2 comments :
Assalammualaikum Bee...
Terima kasih atas coretan ini..Ya Allah sesungguhnya Along rindukan arwah Ihsan..
Semoga arwah aman & tenang disisi-Nya..Aaamiinn..
Al-Fatihah..
sesungguhnya semua merindui adik ihsan along...walau sekarang jrg berjumpa tapi kenangan memebesar bersama selalu terpahat dihati ni...semoga rohnya tenang di sana...
Post a Comment