Alhamdulillah.. Allah beri rezeki kepada hambanya dalam pelbagai bentuk.. kebahagiaan juga salah satu rezeki yang Allah berikan pada hamba-hambanya.. sebelum Sofea lahir (2013) lagi dah saya memohon untuk Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia.. Rumah apartment di Putrajaya.. setelah melalui siri undian, kali ke 5 ni ha (30.01.2015) baru rezeki berpihak pada saya.. Alhamdulillah.. step pertama untuk memilik aset sendiri.. tapi semua ni perlu dihitung dahulu sebaik-baiknya.. hutang membeli rumah bukan sekejap.. pendapatan macam saya ni, paling sekejap pun 25 tahun.. harap-harap diberi rezeki dari Allah untuk memudahkan urusan kami..
Sesiapa yang belum pernah mohon PPA1M di Putrajaya boleh mohon mulai 12.02.2015 - 12.03.2015 untuk permohonan Fasa 2 kat web ni.. bagi yang nak memohon kat area Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur cuba masuk web ni plak.. tarikh tutup 22.03.2015 kalau tak silap..
No comments :
Post a Comment