Tuesday, June 17, 2014

Kebaikan Susu Ibu

Assalammualaikum sahabat-sahabat... minggu lepas tak sempat lah nak mengupdate blog.. anak dara Sofea boleh lak kena demam panas.. hohoho.. betapa ummi menggelabah la.. Sebenarnye banyak je benda nak di update.. tapi kan.. tapi kan.. gambar-gambar yang sesuai lum di transferkan ke komputer..
Hari ni update benda yang ade gambar kat pokcik Google je lah kan.. Ibu-ibu.. sebelum ni saya ade mention pasal cerita saya menyusukan anak-anak saya kat SINI .. So, hari ni kita kongsi sikit la info-info pasal kebaikan susu ibu ni..


nampak tak betapa banyak nye khasiat susu ibu tu???
Ibu-ibu, sekarang ni pergi je kat pokcik Google, comfirm banyak maklumat yang boleh dapat mengenai penyusuan susu ibu ni tau.. Saya juga bermula dari '0'.. dan saya menjadi ibu ketika usia saya 24 tahun.. muda kan?? So, untuk beri yang terbaik untuk anak, saya gunakan kemudahan dan saluran yang ada untuk mendapatkan info mengenai susu ibu..
Saya tak malu untuk bertanya pada 'kakak-kakak' yang menyusukan anak-anak mereka.. Saya tak malu untuk 'menebeng' kat booth-booth yang mengedarkan info-info mengenai susu ibu.. So, anda janganlah segan untuk menyusukan anak-anak ok..

Tak ade yang buruknye pasal susu ibu ni ok!!
Kadang-kadang ade yang tak nak menyusukan anak sebab komitmen untuk membuat stok (bagi ibu yang bekerja).. Saya tak nafikan semua tu memerlukan kesabaran, pengorbanan.. Masa la selalunya diperlukan untuk membuat stock.. untuk ibu bekerja, benda ni kadang-kadang jadi masalah.. Saya juga seorang ibu yang bekerja.. saya pump 3 kali sehari masa 4 bulan pertama.. selepas 4 bulan saya akan pump 2 kali sehari ketika waktu bekerja.
Saya pernah usung pump saya ke kelas sewaktu saya membuat Ijazah.. Semua tu perlukan motivasi yang tinggi.. Sekarang ni, banyak jenis pump yang ada, dari murah ke mahal, dari kecik ke besar.. Ibu-ibu pilih je ikut kemampuan.. ikut yang mana selesa.. pump yang mahal tak menjamin menghasilkan susu yang banyak ok!!
Bukan anak sahaja, ibu pun dapat kelebihan ok!!
 Dari pengalaman saya, saya senaraikan beberapa kebaikan yang saya perolehi kerana menyusukan anak.. (apa yang saya nampak dari mata kasar)
1. Rahim cepat mengecut (mengikut kata bidan)
2. Darah kotor keluar sehingga rahim bersih (mengikut kata misi semasa membuat ujian papsemear)
3. Berat badan turun mendadak selepas bersalin
4. Jimat kos untuk membeli susu
5. Tak perlu bangun untuk membuat susu waktu malam
6. Perkembangan ke dua-dua anak In sya Allah nampak sangat positif
7. Anak-anak sangat rapat dengan saya
8. Masa bersama anak lebih banyak
9. Tak perlu risau jika terlupa bawa air/ susu untuk anak ketika travel
10. Dengan menyusu badan anak-anak boleh kenyang (sedawa selepas menyusu)

xoxo
beeYn@

No comments :