Stock susu dari Chest Freezer
|
Alhamdulillah...saya diberi kesempatan untuk menyusukan anak-anak saya sehingga kini.. Ryfqy (2thn 5bln) Sofea (8bln).. walaupun Ryfqy pernah terhenti susu badan ketika saya mengandungkan Sofea, namun syukur sangat-sangat kerana Allah melimpahkan rezeki susu untuk anak-anak saya sehingga saat ini..malah, kini en.hubby tak perlu membeli susu tepung untuk Ryfqy..
Alhamdulillah kerana memiliki suami yang menyokong penuh penyusuan susu ibu.. betapa berharganya sokongan yang saya terima dari en.hubby.. dari pump elektrik, chest freezer..en.hubby sediakan.. malah bila saya suarakan susu saya mula merudum saat mengandungkan Sofea, en.hubby berusha sama menyediakan makanan yang boleh menambahkan susu semula..kami percaya, susu badan adalah susu yang terbaik..benda boleh dapat free kenapa kita perlu sia-sia kan..malah lebih baik dari susu yang mahal-mahal di luar sana.. jika ada rezeki menyusukan anak, ibu-ibu sila la menyusukan anak-anak anda..
Ramai yang bertanya, apa yang saya ambil sehingga susu saya sebanyak ini.. serius saya katakan saya TIDAK MENGGUNAKAN SEBARANG SUPLEEMENT/ MILK BOOSTER!! saya percaya pada supply & demand.. mungkin disebabkan saya menyusukan 2 anak serentak, maka permintaan tinggi jadi pengeluaran saya jadi banyak.. untuk menghasilkan susu yang berkhasiat..maka makanan yang saya ambil haruslah berkhasiat.. setiap hari saya berbekal ke office..bukan saya tak makan fast food ye..tapi ibu-ibu..sila KURANGKAN ye..kesian kat anak-anak..dan saya adalah seorang pemakan..hehehe..saya memang makan banyak..saya tidak malu untuk memberitahu orang yang saya memang makan banyak..kenapa?? sebab khasiat dari makanan yang saya makan akan saya berikan pada anak-anak..
Letih??memang sangat letih..bayangkan..setiap malam saya akan menyusukan anak secara serentak!!! tapi saya percaya, pasti ada hikmahnya untuk semua ini..dan saya rasa, inilah pengalaman indah buat seorang ibu.. melihat anak dapat memebesar dengan sihat dengan susu yang menagalir dalam badan kita..
Ibu-ibu, atau bakal-bakal ibu, anda jangan putus asa untuk menyusukan anak anda.. cuba selagi boleh..maklumat dihujung jari anda je..apa guna pakcik google kan..saya juga dulu bermula dari '0'. namun saya juga berusha mendapatkan sebanyak mungkin maklumat dalam penyusuan..saya juga gembira bila ada rakan-rakan saya termotivasi bila melihat saya mampu menyusukan anak-anak saya..
Alhamdulillah.... xoxo
No comments :
Post a Comment