Tuesday, May 28, 2013

Bahagialah kamu di syurga sayang..

Iman Sofiyya
26.05.2013 bersamaan 16 Rejab 1434H, Ahad..
Perginya seorang puteri syurga ke tempat kekal abadinya..
Iman Sofiyya..bahagialah kamu di sana sayang..

Iman Soffiya merupakan anak tunggal sahabat baik en.hubby..
baru berusia 8 bulan..
Iman pergi mengadap Ilahi akibat kemalangan..
semasa menaip coretan ni kami masih belum tahu punca sebenar kejadian..
sewaktu kejadian Iman berada di Ipoh..
Rumah nenek nya..kerana mummy nya ke Labuan atas urusan kerja..
manakala ayahnya agak sibuk dengan urusan di sini..
maka Iman di letakkan di bawah jagaan neneknya disana..
jenazahnya dikebumikan di Ipoh..
saya & en.hubby tak dapat nak menziarah..
kerana jenazah dikebumikan pada hari Isnin kerana menunggu kepulangan mumynya dari Labuan.
Syurga tempatmu sayang..
Ahad malam selepas mendengar berita tersebut..hati saya sangat tersentuh..
saya juga punya anak..
bagaimanalah perasaan ibu yang pulang dari bekerja & melihat anak nya telah terkujur..
owh..malam tu saya sendiri tak dapat melelapkan mata..
setiap kali mata terpejam, setiap kali tu lah saya ternampak wajah Iman..
walau bukan anak sendiri, namun wajah tu sukar dilupakan..
saya pernah jumpa Iman sewaktu dia dalam pantang sahaja..
namun perkembangannya selalu mummynya update di FB..

rase terkejut dengan kejadian yang berlaku..
Iman sihat..kerana kemalangan, Iman pergi selamanya..
saya sentiasa bertanya..bagaimana andai perkara ni terjadi pada saya..
kuatkah saya melaluinya???
namun Allah itu tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya itu..
Mummy & Ayah Iman redha dengan apa yang berlaku..
namun kita sebagai manusia tidak tahu, apa perasaan mereka sebenar..

anak yang diulit selama 8 bulan telah pergi dengan tiba-tiba..
Iman anak yang lincah..
benarlah, apa yang didunia ini hanya pinjaman semata-mata..
apa yang buat saya sedih, Iman masih menyusu badan..
selama Ryfqy hidup di muka bumi ni..saya tak pernah tidur tanpa Ryfqy di sisi..
bagaimana mummy Iman melaluinya..
ya Allah, kuatkanlah hati sahabatku..

namun, Iman telah berada di Syurga..
dia telah menjadi penghuni syurga yang kekal..
damailah kamu di sana sayang..
sesungguhnya Penciptamu lebih menyayangi mu..
Al-Fatihah...

beeYn@

No comments :