Wednesday, August 17, 2011

perginya insan-insan tersayang...


setiap yang hidup pasti akan mati....dan kita sebagai manusia pasti akan kembali pada-Nya satu hari nnti...cume kita tak tau bilakah masa utk kiti pergi megadap-Nya....beberapa hari sebelum Ramadhan, kami telah kehilangan atok sedara yang sangat kami kasihi (Tok Shaari)...selepas arwah Yai meninggal...dialah atok sedara yg selalu mengingatkan kami kepada arwah kerana rupa parasnya yg hampir sama kerana Tok Shaari adalah abang sulong Yai...kami redha..kerana usianya yang hampir 90 tahun memang sudah tiba masanya...Tok Shaari pergi dengan penuh ketenangan..tiada penyakit...sihat walafiat..hanaya "penyakit tua" itu adalah biasa kerana usianya telah mencecah 90 tahun....nasihat yang selalu diberi akan kami ingat...itulah biasanya yang akan diberi kepada kami setiap kali menjenguknya...sama seperti arwah atok ku yang selalu memeberi kami nasihat untuk kehidupan ini...rindu pada arwah Yai semakin terasa bila Tok Shaari telah pergi mengikutnya...tiga tahun arwan Yai telah pergi dan arwah Tok Shaari la tempat kami melepaskan rindu...
Ramadhan ke-10 (Rabu) kami dikejutkan dengan berita pemergian pakcik ku...(Wak Wahid)...hiba rasenye...kerana aku x sempat berjumpanya semasa aku pulang ke kampung pada hari Sabtu sebelumnya...kebiasaanya aku akan pergi menjenguk...kerana aku tau Wak Wahid memang x berapa sihat...kali terakhir aku berjumpa dengannya semasa sebelum aku berangkat mengerjakan Umrah...sempatlah aku memohon maaf dan mencium tangannya...Wak Wahid mengidap kencing manis..dan itulah punca pemergiannya...walaupun raya ini semakin sunyi tanpanya namun kami Redha..kerana pemergiannya pada bulan yang mulia ini...hanya aku terkilan kerana aku x dapat pulang menziarah kedua2 arwah kerana kekangan cuti dan dalam keadaan aku berbadan dua...aku x berapa nak larat untuk travel jauh walaupun hanya di Melaka...dari jauh aku memnjatkan doa agar arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...sesungguhnya mereka adalah insan-insan yang aku sayangi dan sanjungi....
yna

No comments :