Semalam.. khamis, 19.02.2015 terdengar perkhabaran tentang perginya kakak ipar kepada kawan sekolah.. arwah juga merupakan sahabat kepada kakak saya.. kami semua terperanjat dengan perkhabaran yg diperoleh.. kerana usia arwah tahun ni baru menjangkau 30 tahun.. arwah juga tinggal berhampiran rumah ibu serta mertuanya adalah sahabat ibu ayah..
Arwah meninggal secara mengejut pada jam 12.45 pg.. mungkin cerita ni biasa.. kematian adalah perkara biasa yang kita dengar.. namun apa yang membuatkan kami semua terkesima sebentar adalah kerana arwah sedang sarat membawa kandungan kembar 3 berusia 5 bulan.. usia perkahwinan arwah baru masuk ke usia 2 @ 3 tahun.. arwah masih belum punya anak.. namun hakikatnya arwah telah pergi ke tempat yang kekal bersama 4 orang anak syurganya.. tahun lepas anak yang dikandung telah meninggal di dalam perut.. kali ni, arwah telah pergi bersama 3 orang lg anak yang sedang dikandung.. subhanallah.. awal malam, arwah sempat 'berwassp' bersama sahabat-sahabat sekolahnya.. namun di tengah malam kami di khabarkan oleh suami arwah, arwah telah mengalami sesak nafas dan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 12.45 malam..
Suami, keluarga, sahabat serta semua orang masih tidak mempercayai berita yang dikhabarkan..namun itulah hakikatnya.. selepas bedah siasat dijalankan, jenazah selamat disemadikan selepas maghrib semalam di tanah perkuburan UPM.. semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang beriman.. serius saya seakan tidak percaya kerana dapat digambarkan wajah suami yang teruja untuk menyambut kelahiran anak-anak.. lagi-lagi ketika anak sulung.. bagaimana pula dengan perkhabaran isterinya yang bakal melahirkan anak kembar 3.. subhanallah.. semoga suaminya tabah..
.:Dont Be Afraid To Change.You May Loose Something Good, But You May Gain Something Even Better:.
Friday, February 20, 2015
Al-fatihah - damailah engkau di sana bersama 4 anak syurgamu
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment