Tuesday, October 9, 2012

Selamat Hari Lahir Ibu..

Alhamdulillah..Allah masih memberi kesempatan pada kami untuk terus bersama ibu..SELAMAT HARI LAHIR IBU!! semoga ibu sentiasa berada di dalam lingkungan Redha serta Kasih Allah..
sesungguhnya ibu adalah ibu terbaik untuk kami..sahabat, pendengar serta penasihat terbaik untuk kami..tiada gantinya ibu di hati kami..Tiada hadiah yang mahal yang mampu kami belikan..namun kasih kami sepenuhnya buat ibu..


walau kita tak dapat meraikan seperti selalu, tapi percayalah, kami sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu..bukan melupakan, namun kerana anak-anak mu berada jauh, maka kegembiraan itu hanya dari kejauhan, hanya doa yang dapat kami utuskan untuk ibu buat masa ini..54 tahun, namun ibu masih gagah melayan kerenah kami..tiada lelah untuk ibu keluhkan..walaupun hakikatnya memang terlalu penat apabila bergelar seorang ibu..terima kasih ibu atas dorongan, nasihat kepada kami..

ibu wanita hebat dalam hati kami..kasih ibu lebih hebat dari kasih kami..semoga kami boleh menjadi sekuat ibu, setabah ibu, serta sejelita ibu ;) TERIMA KASIH IBU!!!


Firman Allah S.W.T., Mafhumnya : 
"Dan Kami wasiatkan kepada manusia terhadap ibu bapanya. Ibunya mengandungkan dengan (menderita) kelemahan di atas kelemahan dan menceraikannya daripada susuan dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu. Kepada-Ku tempat kembali."  
{Surah Luqman, Ayat 14} 



beeYn@

No comments :