Thursday, September 6, 2012

Kenapa???Fikirkan....perbetulkan apa yang difikirkan..

selalu berbisik kat hati...bestnye kalau dah ade rumah sendiri..beli umah besar2..boleh hias cantik2 ikut ape nak..ni dok umah orang..menyewa je.. tak le nak buat ape2..cikit2 boleh la..urmmmm..di suatu sudut.."ya Allah bersyukur la wahai wanita..suami mu berjaya sediakan tempat perlindungan yang selesa..tiada engkau berhujan, berpanas..walau itu hanya sewaan..namun lebih baik bagi mu..cuba engkau fikirkan insan2 yang bergelandangan...duduk di bawah jambatan..di kaki2 lima kedai..di tepian lorong2 sunyi..subhanallah..."

setiap kali berada di atas jalan..best tu kereta mewah..kalau la dapat beli kreta macam tukan..fuhh..memang terbaik..asal la aku tak de kereta macam tu..Alphard, BMW, Honda ke..Toyota ke..Estima pun ok gak..tapi cuba renungkan.. "suami mu telah menyediakan 2 buah kereta bagi mu...sebuah motosikal..walau hanya kereta nasional..adalah lebih baik untuk mu dari engkau berhujan..berpanas..keletihan berjalan kaki menuju tempat yang ingin engkau tuju...engkau hanya menekan minyak..atau duduk disebelah..maka engkau akan sampai tempat yang ingin engkau tuju..dengan sejuk pendingin hawa keretamu.."

cantik kan baju orang tu...mesti mahal..bile la aku nak pakai baju mahal2 gitu..batu lip lap lip lap..jalan pun nampak cantik je.."wahai wanita..sedarlah...suami mu selalu memuji kecantikan mu walau engkau hanya berbaju lusuh..bersanggul tinggi di rumah..semua tu hiasan dunia..engkau jadilah hiasan terbaik untuk suami mu..lebih baik begitu..engkau tidak kesejukan di dunia..dan tidak kepanasan di akhirat nnti kerana riak mu dengan baju cantik mu nanti..malah lebih baik dari insan yang tidak punya baju baru..hanya sekedar baju2 lusuh bagi menutup setiap inci kulit mereka setiap hari yang dilaluinya.."

Ya Allah..hambamu ini selalu leka dengan keindahan dunia.kadang kala hati kecil ini selalu mempertikai takdir yang telah Engkau tentukan..namun aku bersyukur..Engkau masih melindungi ku..engkau akan buat aku berfikir semula..betapa untungnya aku..punya keluarga yang sempurna..terima kasih Ya Allah..


terima kasih Ya Allah..kerana Engkau kurniakan suami sebaik suami ku..suami yang dapat memberi kebahagian serta kemewahan seperti mana pernah ku perolehi dari ibu ayah ku...pengganti ibu ayah yang menjaga ku, yang memenuhi keperluan hidupku selama ini..Syukur padaMu ya Allah....

beeYn@

3 comments :

Ainul Huda said...

Insaf skjp baca entry akak :') ttbe teringat kata-kata ni, "Allah tak bagi apa yg kita nak, tapi Dia bagi apa yg kita perlu" :')

Syahidatun Nabihah said...

Yup..selalu je kite mengeluh..kite tak dapat ape yang kita nak kan..tapi tak sedar yang sebenarnye kita ni dah terlebih senang berbanding orang yang lebih susah kan...

SyedaFauzi said...

Tau takpe...:)