Wednesday, September 5, 2012

Adam & Hawa

Kulit muka depan Novel yang lama...
Pelakon2 utama & penulis..
Aisya Sofea adalah antara novelis yang memang saya suka..cerita die memang stok cerita cintan cintun..tapi memang novel die memang kebanyakkan nye best la...saya antara pengikut novel die..hehehe..ade 1 lagi novel die yang saya lum dapat lagi..tunggu next month kot.. antara yang best novel die Adam & Hawa.. sekarang ni cerita nie dah dijadikan drama & tengah hot okey!! Tapi sedihnye kat astro mustika..alahai..kecewa ok..tapi semua tu perkara mudah..hahah (jadi jahat sat) bokeh je downlod kat link2 yang ade..tapi lambat cikit la kan..lambat pun sehari 2 je kot..
Pelakon Utama..
kalau nak tengok perkembangan cerita ni korang le buka FB Adam & Hawa... kat sini pun selalu admin bagi link untuk episod2 drama Adam & Hawa..so enjoy la ye..hehehe

Ok, Watak utama Adam Mukhriz dilakonkan oleh Aaron Aziz, manakala Ain Hawani lak dipegang oleh Nadia Nissa (pelakon filem Cun). Nadiya Nissa dipilih oleh penulis novel Adam dan Hawa sendiri iaitu Aisya Sofea bagi menjayakan watak Ain Hawani.

Sinopsis Adam dan Hawa
Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.
Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy sikit. 
aduh..terjatuh cinta kat Adam ok..bukan Aaron....muahahaha
Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.
Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap  Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani. Mereka berkahwin jugak, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami.
  
Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain. Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam. Apabila mereka pulang ke Malaysia, Ain dan Adam kerap jugak keluar bersama dan cinta mereka kembali bertaut.

Kesudahan dalam novel Ain dan Adam bersatu jugak akhirnya setelah sekian lama terpisah, dan mereka dapat anak perempuan. 

Adam memang untuk Hawa..itulah yang seperti ibu Ain ucapkan pada Ain.

 Para pelakon terdiri daripada : Anzalna Nasir (Dee), Elfaeza Ul Haq (Azie), DazrinKamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Rozie Rashid (Kak Zah), Aznah Hamid (Maria), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Lydiawati (Faridah) dan Puteri Sarah (Erin)


 beeYn@

No comments :