Friday, June 29, 2012

biar baby belajar...


lame dah nak tulis..tapi kan ade je benda nak di buat...so, memandangkan ryfqy pun dah start merangkak..saya nak kongsi sikit maklumat..parents kat luar sane...Comel kan bile kite tengok baby yang dok pusing sana sini..lagi2 yang dok dalam walker..kalau die tolak laju…fuh…terkekek2 dok ketawa dengan die kan..parents semua tau tak yang walker tu tak berapa nak baik untuk perkembangan budak yang nak jalan..memang ade baik nye..tapi banyak gak yang buruk nye.

Kita as parents yang tentukan ape yang terbaik untuk anak kita kan??so kita kene pandai pilih ape yang elok untuk anak kita membesar.. Ada gak parents rasa meletak anak  dalam walker tu bukan je mampu ‘mempercepatkan’ anak belajar berjalan, tapi bole buat babay suke.. As parents  yang bertanggungjawab dan hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak, ape2 barang baby tu kene diperhalusi kepentingan dan manfaat penggunaannya kepada perkembangan  & tumbesaran baby.

masa enam bulan sampai setahun, baby yang sihat punya keinginan kuat untuk bergerak di atas kawasan rata. mula2 memang susah bagi dieorang sebab perlu berusaha untuk menggerakkan anggota badan, kaki, tangan dan menyempurnakan pergerakan seperti meregang, berguling dan merangkak.

sebenarnya baby akan rasa puas kalau dieorang dapat capai matlamat dieorang…contoh macam  pegang mainan, susun pergerakan untuk sampai kat mainan iu. Lepastu baby akan teruskan perkembangan pergerakannya dengan berusaha untuk berdiri pulak. penggunaan walker akan merampas semua keajaiban pembelajaran penggunaan motor tubuh baby tau sebab macam melangkau semua proses yang sepatutnya dieorang belajar & faham secara perlahan-lahan.

kalau guna walker, baby akan terus berdiri & tak kena pada masa tanpa belajar pergerakan lain dulu, so benda ni akan menyebabkan baby lambat berkembang dari segi mental. Kekurangan terbesar kepada baby yang naik walker ni, dieorang menunjukkan perkembangan yang lambat dari segi mental biarpun selepas mereka pandai berjalan sendiri. Kejutan terbesar untuk parents…. Bby yang guna walker itu menunjukkan perkembangan 10 BULAN LEBIH LAMBAT selepas sudah tahu berjalan.

sebenarnye walker ni tak dapat nak cepatkan pergerakan & ajar baby berjalan lebih cepat pun..makin melambatkan lagi perkembangan baby dari segi fizikal serta mental ade la.acctually walker ni sangat la merbahaya tau..baby terdedah kat risiko kemalangan & boleh cederakan kepala & akibatkan pendarahan dalaman. baby yang gune walker gak  tak belajar berjalan sebenarnya sebab kaki dieorang tak betul-betul bertapak kat lantai. Dieorang sebenarnye guna  hujung jari je untuk bergerak. baby gak senang  terdedah pada benda yang merbahaya kalau dieorang gerak laju tanpa kawalan sebab dieorang berdepan risiko tinggi terjatuh.

kalau korang nak tau, cara terbaik untuk bantu baby  berkembang dengan cepat adalah dengan letakkan baby tu kat atas permaidani atau tilam nipis biar dieorang boleh berkembang mengikut kadar sendiri. baby sebenarnye kena belajar meniarap, merangkak & berjalan sendiri untuk bantu perkembangan fizikal & mental yang sihat & jadikan dieorang lebih bijak. kalau kite guna walker, baby tak belajar proses meniarap dan merangkap & benda ni boleh mengganggu perkembangan dan kebolehan baby menggunakan mental dan fizikal untuk bergerak.

*sumber dari surat khabar Berita Harian


beeYn@

No comments :