Friday, May 20, 2011

penangan nora elena....

selalu en.suami jarang nak layan cerita melayu nie..lagi2 waktu dah penat balik dari kerja...tp bile cerita nie kiteorg berdua melekat...kalau aku x buka...dei la yg ingat kan...huhuhuh...7-8pm isnin-khamis memang waktunye..maghrib tu xle la x buat...still buat ok...wajib!!! cerita nie adap tasi dari sebuah novel...nie mcm nak kene cari novel nie...(walaupun dekat 10 buah novel kat umah lum berbuka dr plastik ;p)
sinopsis die camni.....
Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat. Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu. Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth? Lagu Tema untuk drama ni pun best “Dan Bila Esk – Sofaz”.

pelakon utama???
suke sangat tgk lakonan Seth Tan ;)
yna

No comments :