Saturday, April 2, 2011

mengandung luar rahim...

jumaat lepas aku pergi jumpe doc utk buat pemeriksaan kehamilan...mase keluar 2 line tu...aku teruja...gembira...bersyukur sgt kerana diberi peluang untuk menjadi seorang ibu...namun..bile berjumpe doc...aku bagai nak putar masa balik...ape yg doc katakan buat aku takut...karung baby x kelhatan...dan tiub fallopio aku nampak bengkak..dan 2 kemungkinan...samada baby baru berusia 3-4 minggu @ aku hamil luar rahim...ya Allah...bagai nak menangis rasenye...hanya Tuhan yang tau betapa gusar hati ini...dan aku x nafikan..aku jd murung sejak aku berjumpe doc...aku takut...kerana perkiraan hari terakhir aku period sepatutnya kandungan aku dah mencecah 5-6 minggu dan sepatutnya kantung baby dah kelihatan...8 April nie aku perlu berjumpe doc sekali lagi...coz 98% kehamilan luar rahim adalah di dalam tiub fallopio..antara tanda yg aku ada sama dengan tanda mengandung luar rahim adalah sakit perut, pinggul dan tiub fallopio aku yg membengkak...Ya Allah...aku meohon kepada Mu..selamatkan lah nyawa ku dan kandunganku...sesungguhnya aku tau Engkau Maha mengasihi hambaMu...sesungguhnya ini adalah zuriat pertamaku..beri la aku peluang merasai nikmat menjadi seorang ibu...

uar rahimSalah satu komplikasi hamil ialah mengandung di luar rahim. Ini terjadi apabila telur yang tersenyawa membuat implantasi di luar rahim. Kebanyakkan berlaku di dalam salur fallopian itu sendiri (>50%). Itulah sebabnya kandungan luar rahim juga dipanggil kandungan tubal (tubal pregnancy).
Tempat-tempat lain termasuklah ovari, serviks dan dalam ruang abdomen. Apabila janin membesar di tempat yang tidak sepatutnya,ia boleh pecah dan menyebabkan pendarahan. Ini boleh mengancam nyawa dan memberi kesan kepada tahap kesuburan anda.Sebab itulah sangat penting untuk wanita mengenali gejala dan tanda awal kandungan luar rahim ini kerana ia boleh menyelamatkan nyawa anda.

Gejala dan Tanda

Tanda-tandanya agak sama dengan keguguran biasa menyebabkan ramai wanita tidak begitu perihatin dan menganggap ia sesuatu yang ringan. Tanda-tandanya ialah:
  • Haid yang lambat
  • Pendarahan kecil selalunya berwarna coklat.
  • Ujian kehamilan positif
  • Pening-pening
  • Sakit pada bahagian bawah perut
  • Sakit pada bahu
  • Sakit yang tajam menikam adalah tanda serius yang boleh menunjukkan yang anda mengalami kandungan luar rahim.
Sekiranya gejala begini berlaku, berjumpalah dengan doktor anda secepat mungkin.

Risiko untuk kehamilan luar rahim

Risiko yang paling penting yang menjurus kepada kehamilan diluar rahim ialah salur fallopian yang rosak. Anda berisiko tinggi sekiranya anda mempunyai keadaan dan pernah menjalani prosedur yang melibatkan salur fallopian. Jangkitan kuman dan surgeri pada pelvis meninggikan risiko anda untuk mendapatnya. Pembedahan ikat atau tubal ligation juga boleh menambahkan risiko mengandung luar rahim.
Lain-lain faktor yang meninggikan risiko anda termasuklah:
  • Sekiranya anda mempunyai kandungan luar rahim sebelumnya.
  • Sekiranya anda pernah mengalami radang pelvis
  • Sekiranya anda pernah mendapat rawatan kesuburan
  • Sekiranya anda mengalami endometriosis
  • Sekiranya anda mengamal IUD sebagai alat kontrasepsi.

Diagnosa

ecSekiranya anda mengalami gejala dan tanda (symptom) seperti di atas, doktor akan membuat beberapa ujian seperti ujian air kencing untuk mempastikan samada anda benar-benar hamil atau tidak. Sekiranya positif, ujian hCG akan dibuat dan membandingkan tahapnya dengan umur sebenar kandungan anda. Jika tahapnya rendah dari yang sepatutnya ada kemungkinan anda hamil di luar rahim.
Doktor juga akan melakukan pemeriksaan pelvis dan cuba penilaian mana yang tidak normal. Ujian ultra-bunyi juga penting dan sekiranya terdapat tanda seperti pendarahan dan karung di luar rahim, berkemungkinan besar anda hamil di luar rahim. Walau bagaimanapun, kadang-kadang tanda-tanda ini tidak begitu jelas dan ini boleh memberi kepada diagnosa yang salah.

Rawatan

Sekiranya dikesan peringkat awal, rawatan adalah mudah. Ubat yang dinamakan methotrexate akan disuntik ke dalam karung untuk mencairkannya dan membiarkan badan menyerap kandungan tersebut secara semulajadi. Tapi sekiranya kandungan sudah terlalu besar, pembedahan membuang kandungan ini akan dilakukan. Amat penting adalah wanita perlu mendapatkan rawatan serta-merta kerana sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian.

Harapan kehamilan pada masa depan

Ramai wanita yang pernah mengalami kehamilan di luar rahim bimbang tentang peluang untuk hamil secara normal terjejas. Sesungguhnya kehamilan luar rahim boleh meninggikan risiko untuk mendapat komplikasi yang sama pada masa hadapan. Tetapi ramai juga di antara wanita ini yang berjaya hamil seperti biasa dan mendapat anak setahun selepas itu.
Sekiranya sistem peranakan rosak dengan teruk, samada disebabkan oleh kehamilan di luar rahim atau pembedahan untuk merawatnya, kesuburan anda mungkin terganggu. Berbincanglah dengan doktor anda tentang peluang anda untuk hamil.

yna

2 comments :

SyedaFauzi said...

anggap ini ujian yg Allah beri utk menduga keimanan kita dan menginsafi dosa2 lalu...Insya Allah keajaiban tu ada, kalau ada rezeki, pasti baby and awak akan selamat...
ikut saranan doktor, n doa banyak2...kakak doakan awak kuat dan semoga Allah melindungi kita..love u,sis...

nuriq said...

salam,
saya pon baru cek pregnancy test last wek n alhamdulillah positive, tapi belum scan doc lagi..sebab kira2 my last period is 4april... so kne tungu next month utk scan etc..

my period dtg for 10days instead or usual 6days..hari ke10 tu saya buat pregnancy test positive. double cek ngn klinik swasta pon positive.

cuma, bleeding during pregnancy only coz by hampir gugur / hamil luar rahim...

takutt sgt...

lets pray for the best. insyaAllah.

btw, juz sharing, baru terbaca pasal zihir nabi yunus, elok sgt diamalkan kiranya ada masalah. n terbaca ada reader ni tulis dier pon hamil luar rahim n amal zikir ni.alhamdulillah dh besalin pon...