Thursday, April 29, 2010

kepada yang nak bertunang 2....dugaan alam pertunangan...[artikel dari internet k ;) ]

Kata orang.. alam pertunangan ini banyak dugaannya, dan ini sering membuatkan ramai yang tertanya-tanya.. apakah dan bagaimanakah bentuk dugaan-dugaan yang mungkin terpaksa dilalui itu?

Sewaktu sebelum saya bertunang dahulu, saya membayangkan dugaan itu akan datang dari pihak ketiga.. iaitu sama ada, orang lain yang tiba-tiba muncul mengganggu perhubungan pertunangan kami. Ataupun dugaan daripada pihak keluarga seperti ibu, bapa, atuk, nenek, atau sedara-mara yang mungkin tidak berpuas hati dengan ikatan pertunangan kami.

Namun begitu.. sangkaan saya itu sedikit meleset. Sebenarnya.. ujian & dugaan terbesar yang wujud di alam pertunangan.. bukanlah berpunca daripada orang @ pihak lain. tetapi, dugaan yang terbesar biasanya adalah berpunca dari dalam diri kita sendiri.

Antara dugaan yang terbesar sewaktu di alam pertunangan ini.... adalah dugaan melawan hawa nafsu yang semakin melonjok-lonjak. Maklumlah, orang kata, apabila sudah bertunang ini, sebelah kaki dah melangkah ke alam rumahtangga. Namun begitu.. apa yang perlu kita faham.. ikatan pertunangan tidak lagi menghalalkan apa-apa pun antara lelaki dan perempuan.

Ramai pasangan bertunang yang terkeliru tentang hal ini. Pada pendapat mereka.. "Alah.. kan dah tunang.. apa salahnya?".

Ops!.. anda sudah silap.. ia sememangnya sesuatu yang salah..

dugaan alam pertunangan itu sebenarnya bukan sahaja datang dari luar, tetapi ia juga boleh datang dari dalam diri anda sendiri. Jadi.. bersiap-sedialah.. sama ada dari segi kekuatan iman mahupun kekuatan kewangan.. kalau kuat kewangan.. insyaallah tempoh pertunangan itu dapat dipendekkan.. sekaligus dapat mengurangkan dugaan-dugaan tersebut.

Yerla.. duit semua dah cukup.. buat apa nak tangguh-tangguh lagi yer tak?.... kahwin je terus.. habis cerita! Insyallah tenang sedikit hati yang sedang bergelora itu..

Jadi... jaga iman anda dan jagalah ikatan pertunangan anda. Jangan tension-tension dan banyakkan berdoa memohon Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan hidup anda untuk menuju gerbang perkahwinan.

No comments :