Wednesday, April 21, 2010

AnDa StreSS????


nak Cari KeteNangan????

Mendengar musik.

  • kepada yang suka dengar musik hardcore2. Jika itu boleh bagi anda kurangkan stress, teruskan… hoho… bagi saya bila dengar lagu macam tu waktu stress. Lagi berserabut ada laa. Jika boleh dengarlah musik-musik yang sentimental sedikit ataupun lagu yang sederhana rancak. Asalkan jangan sampai head banging sudah laa. nanti apa pula kata orang yang melihat anda.

Membaca sesuatu.

  • Kepada yang Muslim boleh laa anda membaca Al-quran. Jika tiada, anda boleh membaca zikir2 yang mudah. Kepada yang beragama lain boleh membaca atau membuat cara agama anda sendiri. Selain daripada itu, anda boleh baca komik juga. Mungkin komik yang lawak menjadi pilihan anda.

Bercakap dengan seseorang.

  • Tak kisah laa anda nak bercakap dengan orang sebelah anda atau bercakap melalui telefon. Cara ini juga dapat mengurangkan stress korang.

Pernafasan yang betul.

  • Pernafasan yang betul adalah menyedut udara melalui hidung dan menghembuskan dari mulut. Jika ini anda tidak praktikkan oksigen yang masuk ke otak tidak banyak. Jika oksigen tak banyak masuk, maka anda mudah mengalami stress. Mungkin susah nak mengawal pernafasan kita dengan betul, tetapi ambil masa dalam beberapa minit untuk menstabilkan pernafasan anda. Pejamkan mata, tarik hembus beberapa kali, fikirkan perkara yang indah seketika dan buka mata secara perlahan-lahan.

nota : Jika stress anda tidak dapat di kawal lagi, jumpa dan bercakap dengan seseorang yang rapat dengan anda. Jangan malu-malu oke! kerana mereka juga boleh membantu anda mengurangkan STRESS

No comments :