Thursday, April 4, 2013

Sabah Part 6: Lok Kawi Wildlife

Sorry la terlambat nak update untuk cerita Sabah lagi. Tapi tak pe, ini entri terakhir saya pasal percutian ke Sabah.



04.03.2013 (Isnin)..lepas penat berjalan sana sini, so isnin keiteorang plan nak jalan area KK je.. asyik pergi jauh2 je, area KK pun tak habis lagi nak pusing. Dah google awal2, so tau la mane nak pergi kan.. perjalanan ke KK amek masa dalam sejam, disebabkan hari bekerja, so kami decide nak ke KK selepas orang masuk office. Jadi kami keluar rumah dalam kul 9 am. KK ni lebih kurang macam KL la + Putrajaya.. sebab kat situ la bandaraya, kat situla airport, kat situ la pejabat2 kerajaan, kat situla UMS.. so korang bole la imagine sesaknye camne kan. Baik lah selamatkan diri dari jem tukan. Kami ke Lok Kawi Wildlife.. dekat2 dengan kem tentera Lok Kawi, dan dah tentula letaknye dekat Lok Kawi kan..hehehe.. dari KK nak ke Lok Kawi tak susah, jalan banyak lurus je.. amek mase dalam 20min dari KK. Lok Kawi Wildlife lebih kuarang zoo je.. so tercapai la cita2 ummi nak bawa Ryfqy ke zoo. Tapi rasenye kat sini lagi best la dari zoo Negara. Sebab zoo Negara tu dekat sangat dengan jalan besar & rumah orang. Adeke bile g tengok beruang Nampak tingkap rumah orang..
  
harus tunjuk berani depan anak!!!huhuhu
kat Lok Kawi ni memang jauh dari jalan besar, kalau dah masuk sini memang tak akan dengarlah bunyi kereta.. bunyi unggas & binatang2 yang ada dalam zoo je yang bole kita dengar. Memang best sangat. Kebetulan kami pergi hari isnin, so tak ramai la orang. Dapat jalan dengan tenang. Kat sini sangat la redup sebab keliling memang pokok2 besar. Tak risau nak lepaskan Ryfqy jalan sendiri. Redup & tak ramai orang masa tu. Bujang ni mane la nak naik stroller ke bagai. Naik stroller mase dalam pantang je.. lepastu, takde maknenye. Nasib la ummi tak membeli stroller, pakai stroller sepupu Ryfqy je. Kalau tak membazir je kan.
anak bujang, slumber je die!!!
Nak masuk sini bayaran RM10/per. Kanak2 bawah 3 tahun free rasenye. Warga emas (60tahun) pun free je ok..tunjuk je kat pengenalan. Masa pergi sini kiteorang bawa 3 warga emas, so jimat RM30 mase tu..heheh..selalu paling tak pun less 50% je kan. Kita lebih dekat dengan binatang kat sini. Memang la dalam kurungan, tapi masih boleh dekat. Boleh pegang2 untuk sesetengah binatang. Tak rugi la ke sini. En.hubby pun kate kat sini lagi best dari zoo Negara. Bayaran pun lagi murah kan. Zoo nak masuk sekarang berapa RM ye??
Jalan kat sini je, sedar2 dah dekat kul 2pm.. tu pun tak habis pusing.. warga veteran semua dah kelaparan. Ape lagi, terus bergegas ke KK. Makan berhampiran Masjid Negeri, lepas tu terus solat zohor kat Masjid Negeri. Kalau solat dulu takut teringat2 perut yang berbunyi kan.. Then terus je menjalan misi seterusnye ke pasar filipine & kedai jual mutiara. Ape lagi, nak beli ikan bilis, ikan masin bagai la. Kebetulan bawak makcik yang memang dah fasih cakap sabah, so dapatla sepecial price..ngeeeeee..mutiara pun bukan nye borong sangat, sebab kalau beli bukan pakai pun. So beli keronsang sikit je unuk pakai ke office. Tu pun cari yang murah2 je. & borong manik untuk jahit kat baju. Memang murah la kat sini.. warna pun menarikkkkk!!!! Kena pandai cari kedai ye.. kalau tak anda menyesal.. kalau bab mutiara kat Jamilah yang murah. Pasar filipine memang mahal ok.
Habis pusing semua dah nak petang, kami kena gerak balik sebelum orang balik kerja.. tapi apakan daya, tak sempat..hehehe.. singgah solat kat Masjid UMS dulu, lepas tu meneruskan perjalan pulang. Nasib cousin tau la sikit2 jalan nak elak jem. En.hubby lak tau jalan yang di fikirkan lengang..redahhhhhhhhhhhhhhh.. bak kata makcik saya, en.hubby lagi terror jalan Sabah dari die yang dah duduk kat Sabah tu lebih kurang 30 tahun.. hrmmmmm.. vangga I dengan en.hubby i..hehehehe
So ni la entri terakhir ok..sebab Selasa kami dah balik, flight kul 10.50am..so pagi2 memang dah gerak ke airport la..tak nak la kejadian mase pergi berulang lagi..hukhuk.. so, tunggu la entri lain lak lepas ni ye…
*lepas ni kena cuti dari bercuti..sebab baby dalam perut ni semakin membesar..hehehe
 
beeYn@
 
 

 

 

 

No comments :