Wednesday, July 4, 2012

SUGAR GLIDER - KEMATANGAN/KELAHIRAN/PEMBESARAN




Pagi tadi saje je belek2 sangar si Ciki & Piko..sekali tengok perut Ciki macam kembung semacam je..bunting @ dah ade baby..haish..risau nie..nak kene bersedia…so hari nie dok google untuk maklumat kalau betul la kami akan menyambut “cucu kami yang sulung..huhuhuhu..harap benda ni bole la membantu saya & en.suami untuk joey..(kalau ade la)...untuk info pembaca yang ade sugar glider jugak!!

KEMATANGAN / KELAHIRAN / PEMBESARAN SUGAR GLIDER
kematangan seksual sugar glider bagi betina: boleh dicapai sekitar 6-18 bulan jantan: sekitar 4-12 bulan. sg jantan akan alami beberapa tanda apabila mencapai kematangan . antara tanda-tanda yang dapat lihat dengan jelas pada dahi dan dada. bagi sg betina tiada beberapa perubahan pada fizikalnya.

tempoh matang terbaik untuk sg betina untuk membiak antara 8 – 12 bulan. ada terjadi sg betina yang terlalu muda melahirkan,berkemungkinan besar akan menolak @ tidak menjaga baby sg disebabkan sg tersebut terlalu muda.

Ada juga sg yang tidak berkembang biak @ bersama-sama hingga bertahun-tahun bergantung kepada kesihatan fizikal, emosi , diet. sugar glider jantan akan berkembang biak sepanjang hdupnya.
Perlu diambil perhatian , sg jantan mempunyai zakar yang cabang dan sg betina mempunyai 2 bahagian vagina , carvixes dan rahim yang berasingan. Boleh juga terjadi sg memiliki 2 joey dalam satu masa.
  

KELAHIRAN
tempoh kehamilan sugar glider adalah 16 hari @ lebih. sebahagian besar sg akan melahir pada waktu siang. apabila joey dilahir,ibu akan menjilat pouch sehingga basah. ini membolehkan joey merangkak ke dalam pouch. joey berkenaan akan menghisap puting dan rahang joey akan melekat @ terkunci pada puting susu ibunya bagi tempoh 8-9 minggu ( 70 hari) .  proses kelahiran sg memakan masa hanya sekitar 5 minit . bertuah jika anda dapat melihat nya.


JIKA ANDA TIDAK MELIHAT KELAHIRAN , DISINI ADA BEBERAPA PETANDA YANG SG ANDA AKAN MELALUI PROSES KELAHIRAN JOEY
SG AKAN MENJILAT POUCH
SG AKAN MEMBERSIH POUCH SELALU
SG AKAN MELINDUNG POUCH @ TEMPAT TIDURNYA
SG AKAN BERUBAH SIKAP MENJADI MARAH @ SUKA MARAH
POUCH SG AKAN MENJADI BENGKAK SEDIKIT


BENTUK JOEY
SAIZ SG (TIMBANG 0,2 G) DAN SEKITAR 5 MM. SAIZ SEBUTIR BERAS
WARNA MERAH MUDA
MERANGKAK KE POKET


1 MINGGU DALAM POUCH
anda tidak perlu risaukan joey dalam usia ini kerana joey berada di dalam poket si ibu. si ibu terkadang akan menyembunyikan joey di dalam pouchnya, jika sg anda jinak,anda boleh menyentuh bahagian pouch dengan lembut dan merasakan kehadiran joey dalam pouch . jika sg anda tidak jinak , jangan sesekali menyentuh , kadang2 tindakan ini tidak disukai oleh sesetengah sg. ini boleh menyebabkan @ menimbulkan stres pada si ibu sg. perlu diingat- jangan sesekali buka pouch. joey boleh terputus puting dan ini boleh menyebabkan kematian.


* PENTING BERIKAN SUMBER PROTEIN YANG LEBIH AGAR MENGGALAKKAN PENGELUARAN SUSU YANG BAIK DAN BERKUALITI .

BENTUK JOEY
SAIZ SEPERTI KACANG HIJAU.
WARNA MERAH MUDA
FIZIKAL - TELINGA TETAP TERTUTUP, MATA TERTUTUP,


2 MINGGU DALAM POUCH
pouch sg akan ternampak bonjolan kecil dan berwarna gelap. si ibu boleh juga menyembunyikan joey . kita boleh rasa dengan kehadiran joey. jangan sekali bagi sg anda stres dan ini menyebabkan si ibu menolak joey.

BENTUK JOEY
SAIZ KECIL SEPERTI KACANG YANG DIKUPAS
WARNA MASIH, MERAH MUDA
PERTUMBUHAN -TELINGA DAN MATA TETAP TERTUTUP, KAKI , EKOR MULA MEMBENTUK


4 MINGGU JOEY DI DALAM POUCH
bonjolan akan kelihatan jelas pada pouch si ibu di antara 1 @ 2 bonjolan. jika tidak kelihatan kemungkinan besar si ibu menolak joey . antara penyebabnya adalah si ibu sg kekurangan makanan , berpenyakit , mengalami kecacatan , stres, sg terlalu muda @ pertama kali bunting.

BENTUK JOEY 
SEPERTI SEBIJI ANGGUR
MERAH MUDA
PERTUMBUHAN- MATA , TELINGA MASIH TERTUTUP DAN JARI-JARI MULA TERBENTUK
 

7 MINGGU JOEY DALAM POUCH
joey nampak jelas kerana pouch sg nipis , jika bernasib baik anda akan nampak ekor @ kaki joey terkeluar sedikit. si ibu akan mula mencari ruang yang luas untuk mengeluarkan sg.

BENTUK JOEY
SAIZ SG MULA TUMBUH SEDIKIT DEMI SEDIKIT
PERUBAHAN WARNA KEPADA WARNA KELABU DAN BERKILAU
PETUMBUHAN- KUKU MULA TUMBUH , MATA ,TELINGA MULA KELIHATAN .MEMPUNYAI KULIT YANG NIPIS
 


8-9 MINGGU JOEY DALAM POUCH
di dalam usia ini joey sudah bersedia untuk keluar dari pouch dan mula hidup di dunia baru. setiap joey ada tahap perkembangan yang berbeza. anda akan mendengar si ibu mengeluarkan bunyi yang berbeza antara joey. si ibu kadang-kadang akan meninggalkan sarang dan si bapa pula akan menjaga joey . anda akan melihat joey akan bergantung pada badan si ibu apabila bergerak di sekeliling sangkar. ada juga si ibu bapa sg akan meninggalkan joey sendirian untuk pergi makan @ bermain. berikan sumber protien untuk si ibu untuk tingkatkan kandungan susu. berat joey antara 12-18gram.
  
USIA JOEY 2 MINGGU KELUAR DARI POUCH
1 MINGGU 12-22gram
2 MINGGU 16-22gram
 
USIA JOEY 4 MINGGU KELUAR DARI POUCH
3 MINGGU 17-27gram
4 MINGGU 23-33gram
 
USIA JOEY 6 MINGGU KELUAR DARI POUCH
5 MINGGU 30-40gram
6 MINGGU 35-45gram
 
USIA JOEY 8 MINGGU KELUAR DARI POUCH
7 MINGGU 40-50gram
8 MINGGU 45-60gram



No comments :