Wednesday, July 11, 2012

Perkhidmatan Kesihatan Reproduktif Percuma



Salam & selamat pagi semua!!! Selamat Hari Penduduk!!!! Ok, sempena sambutan Hari Penduduk Seduia hari ni…Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menawarkan Perkhidmatan Kesihatan Reproduktif percuma bermula 8 hingga 14 Julai ni.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah kaedah perancang keluarga (kecuali implanon), saringan kesejahteraan wanita dan lelaki seperti pemeriksaan tekanan darah, indeks jisim badan, ujian glukosa dan kolestrol, pemeriksaan payudara atau testis, ‘pap smear’ serta kaunseling individu dan keluarga.

Semua orang boleh dapatkan semua perkhidmatan tu pada hari bekerja di semua Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh Negara. So ape lagi…ibu2 semua..mari kita mengambil peluang nie..
Hari Penduduk Sedunia disambut pada setiap 11 Julai.


beeYn@

No comments :