Siapa sangka family ini akan menerima dugaan yg besar cam nih bila anak bongsu mereka Faris 6 tahun tiba tiba terlantar sakit
"Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Doktor hendak dia berehat dan kemudian diberikan ubat tidur," ujar anak kelahiran Jawi, Seberang Prai, Pulau Pinang itu.
Faris Nur Daniel, 6 tahun disahkan mengidap HLH (Hemophagocytic Lymphohistiocytosis)ringkasnya, barah darah. Penyakit dilaporkan mampu mengancam nyawanya. Kini dirawat secara intensif di Subang Jaya Medical Center.
Menurut doktor yang merawat paru-paru adik Faris tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak.
Bapa kepada adik Faris iaitu Shamrulismawi Ismail dan keluarga memerlukan lebih RM30,000 lagi untuk membiayai kos perubatan anak bongsu mereka.
Bapa kepada 3 orang anak iaitu 13 tahun, 10 tahun dan 6 tahun ini amat memerlukan sumbangan kepada sesiapa yang sudi & bermurah hati. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun
Maybank milik ayah Faris 1628-5200-2738
(Shamrulismawi Ismail).
bile dah ade anak sendiri..baru la kite merasa betapa sedihnye kalau kita berdepan dengan keadaan mcm nie..semoga Allah memberi peluang kepada parents adik Faris untuk bersama adik Faris..
*kalau x dapat bantu dari segi kewangan pun, marilah kita sama2 doakan kesejahteraan adik Faris...
beeYn@
No comments :
Post a Comment