Tuesday, January 3, 2012

Adaptasi Novel lagi...

bile berpantang nie...semua cerita nak tgk..mane x nye..bosan tahap gaban tu dok umah...yela dah biase keje kan...si kecik nie tdo je kan...bile dah hbs tgk cerita Tentang Dhia..kali nie layan Gemersik Kalbu lak..huhuhu...ni adaptasi novel gak nie...dah jd trend kan...saya dah bace gak novel nie..tp ala2 lupe gitu...muahahahahaha...tp cerita nie seingat saya mmg best...sbb saya bace cerita2 yg best je...huhuhuhu
Ringkasan dari novel Anis Ayuni:
Raihana… pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .
Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya… bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!
Sufian… cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah… semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.
Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!
Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu.
Di manakah titik pertemuan mereka?
Watak watak utama dalam novel ialah Cikgu Raihana, Wan Ariffin dan Sufian.

Raihana ... seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup. Sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya kerana ibu bapa mengalami desakan hidup. Dia merasakan dirinya terbuang dari keluarga. Dan apabila neneknya meninggal dunia terkontang-kanting lah dia mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri. 

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Wan Ariffin yang merupakan anak kepada ibu angkatnya yang juga kawan baik kepada makcik Raihana.

Setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul. Dia keliru, sebak, dan terperangkap dalam diri sendiri. 

Hadirnya Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana. Baginya cinta bukan paksaan. Juga bukan simpati. Cinta Wan Ariffin masih di hati, masih terasa di sanubari. Raihana mengunci hati. Enggan membiar cinta itu pergi. Mendakap erat ikrar kasih sehidup semati.

Rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun hati tiada rela, namun hati tiada sudi. Akhirnya Raihana membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta, tanpa mesra. 

Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh mempamerkan rasa, sedangkan permaisuri hatinya dingin dan kaku. Sufian percaya suatu hari nanti pasti Raihana akan membuka pintu hatinya untuk insan yang bergelar suami.

Masa berlalu, Raihana tetap begitu. Sufian bagai hilang arah. Terlalu lama Raihana menidakkan kehadirannya. Raihana perlu disedarkan dari mimpinya. Dan Sufian tekad ....

Rancangan Sufian disokong oleh adiknya, Azila. Bersama sepupunya, Darlina. Sufian berlagak kononnya dia mempunyai kekasih lain. Raihana yang sudah mula belajar merindui Sufian berasa tertekan. Cemburu menyelinap dalam dirinya. Tapi apa kan daya. Untuk mengakui hakikat dia tak berani apalagi meminta Sufian memahami dirinya. Tinggallah dia merintih keseorangan.

Kebenaran terserlah. Sufian mengaku dia hanya membohongi Raihana tentang dirinya berkahwin lagi dan juga tentang dirinya telah ternoda. Itu semua rancangan Sufian untuk membuat Raihana mencintai dirinya. Dan Raihana akhirnya, menerima Sufian sebagai suami. Dan amat bersyukur kerana Sufian tidak jemu menantinya dan Sufian adalah lelaki yang ditakdirkan untuk dirinya.

Sikit lak sinopsis dan jalan cerita Gemersik Kalbu :
Kisah Cikgu Raihana yang bercinta dan bertunang dengan Wan Ariffin. Wan mati lemas kerana menyelamatkan seorang budak. Cikgu Raihana pulak kehilangan seseorang yang sangat rapat dengannya, dia bergantung kasih dengan Wan Ariffin selama ini, dan keluarga Wan sangat baik dan menganggap Raihana macam anak kandung mereka.

Raihana tidak rapat sangat dengan ibu kandungnya sendiri, malah hubungan dia dan ibunya sangat kekok.
Raihana melanjutkan pelajaran secara sambilan dengan rakan baiknya Kak Shikin, mereka menumpang tinggal di rumah Aunty Zarina, di situlah dia kenal pula dengan Sufian.

Awal perkenalan, Raihana tidak berapa suka dengan penampilan dan tingkah laku Sufian. Tetapi Sufian sudah jatuh hati pada Raihana. Raihana masih lagi tak dapat melupakan cinta pertamanya iaitu Wan Arifin.  Raihana yang tak suka kepada Sufian bertekad nak pindah rumah kerana benci kepada Sufian. Sufian mula memasang perangkap supaya Raihana dapat dikahwininya.

Akhirnya Raihana dan Sufian berkahwinlah juga..sepanjang menjadi isteri kepada Sufian, dia melihat kebaikan dan keikhlasan Sufian sebagai suaminya. Mungkin timbul rasa kasih sayang kepada Sufian dan Raihana terpaksa jugak menjaga Sufian di hospital ketika Sufian sakit.

Setelah Sufian sihat, Raihana kena pula jaga ibu kandungnya yang jatuh sakit pulak walaupun ibunya melayan dia dengan kasar. Raihana cuba merapatkan hubungan renggang selama ini dengan ibunya.

Sufian sedar Raihana masih lagi teringatkan cinta pertamanya, mampukah Sufian mengalihkan kembali cinta Raihana kepadanya, Sufian cuba menduga cinta dan kasih sayang Raihana..nak tau kesudahannya..tengok sendiri..hehehe ;)


beeYn@

No comments :