Friday, December 2, 2011

Ombak Rindu!!


semalam, 01.12.2011 bermula la tanyan filem ombak rindu...owh, ni cerita nie di adaptasi dari novel ombak rindu hasil karya Fauziah Ashari...ni la antara novel kegemaran mase zaman remaja dulu ;) memang teruja la gak nak g tgk kat wayang...coz rasenye dah lame sgt x g berdating sambil menonton wayang dengan en.hubby...coz sekarg nie dlm keadaan perut dah semakin membesar rase mls nk dok lame2 kat wayang tu...dok kat umah tgk kat tv lg best...yg penting sound sistem kene superb...hehehe

novel Ombak Rindu
sikit sinopsis:

Filem Ombak Rindu ni pasal gadis yatim piatu bernama Izzah yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida.

pelakon utama Ombak Rindu, Maya Karin n Aron Aziz
en.hubby pun beriya gak ajak nak tgk filem nie...siap die kate kalau i bersalin die g sesorang pun xpe...ceh...sabar je la..nak tau kenapa???ape lagi, sebab ade pelakon kegemaran die..Lisa Surihani...emmm...kebanyakkan filem Lisa nie mesti die nak tgk la..xpela..tgk pun dengan isteri sendiri kan???(betul x en.hubby???) xpe, awak tgk Lisa, saye tgk my hero...Aron Aziz...hehehe

dedicated to en.hubby...hehehehe
beeYn@

No comments :