Wednesday, November 2, 2011

selamat ulang tahun perkahwinan sayang!!!

30.10.2010-30.10.2011


Alhamdulillah.....Tuhan Maha Pencipta sekalian alam...
Terima kasih pada-Mu ya Allah kerana Engkau mengizinkan aku untuk terus bersama suami ku...
dengan Redha-Mu..rumahtangga yang dibina dengan Izin-Mu telah melangkah ke usia 1 tahun...aku bersyukur pada-Mu ya Allah, atas kebahagian, rezeki, serta segala nikmat yang Engkau kurniakan di dalam keluarga kami...terlalu besar nikmat yang Engkau kurniakan untuk hamba-Mu ini..
Tanpa keizinan-Mu, kami tidak mungkin bersama...tanpa keredhaan dari-Mu, kami tidak akan mungkin akan bahagia...aku hanya mampu untuk terus berdoa dan meminta kepada Mu agar Engkau panjangkanlah jodoh kami...Engkau pertemukan la hati kami walaupun 1 hari nnt kami terpisah...ketemukanlah kami di Syurga-Mu nnti..dan aku berharap agar Rahmat-Mu sentiasa ada bersama kami untuk memperkukuhkan lagi "masjid" yang Engkau telah kurniakan kepada kami ini...hanya pada-Mu aku meminta...hanya pada-Mu...

Buat suami...Khairy..
Terima kasih kerana hubby sentiasa membahagiakan sayang....tiada hadiah yang lebih bernilai yang boleh sayang berikan sempena ulang tahun perkahwinan kita yang pertama ni melainkan anak yang bakal sayang lahirkan ni...anak yang tercipta dari benih kita berdua. Bersenyawa di dalam rahim sayang dengan penuh kasih sayang...dengan peuh kesyukuran pada-Nya..

Terima Kasih kerana sudi melayan kerenah sayang selama kita berumah tangga...walaupun kita kenal hampir 5 tahun kemudia kita bercinta hampir 6 tahun, bertunang hampir 1 tahun..tetapi pengalaman tu sangat berbeza dengan usia perkahwinan kita selama 1 tahun ni..terlalu banyak yg sayang pelajari dari hubby...Terima Kasih sekali lagi sayang!!!

hubby...semoga kita diberi peluang untuk membesarkan anak dalam kandungan ni bersama...diberi peluang untuk melihat anak ini membesar sebagai anak yang soleh / solehah...Kasih yang sayang berikan, ikhlas hanya untuk hubby dan anak yang bakal lahir ni...hanya hubby satu2 nya lelaki yg sayang harapkan untuk membimbing sayang ke Syurga setelah nahu sayang bertukar dari Ibu n Ayah...

semoga kita akan terus bersama selamanya...Insyaallah...

beeYn@

1 comment :

Silenceblogz.com said...

teruja aku bila ada entry berunsurkan kekeluargaan yg penuh dgn kasih syg... semoga kekal selamanya... amin