Friday, January 22, 2010

perjalan hidup...

15 jan lepas aku mendaftar semula untuk sem baru...xsedar rupanya...hampir 5 sem aku di uum...
namun,perjalanan aku masih jauh...
3 thn lagi aku harus menghabiskan pengajian aku di peringkat sarjana....
kadang kala aku sendiri x pasti..benarkah aku sekuat ini...
mengorbankan hari minggu untuk ke kelas...
mengorbankan waktu lena ku untuk membuat assgment...
mengorbankan masa rehat ku untuk menyelak helaian buku...
aku x nafikan...
ada kalangan sahabat2 ku terpaksa meninggalkan pengajian kerana kekangan2 yang x diduga....
bekerja sambil belajar memang menuntut pengorbanan yang tinggi....
namun...aku bersyukur...aku x sekuat ini sekiranya tiada insan2 yang menyayangi aku yang sentiasa memberi dorongan kepada aku....
aku berharap dorongan kalian semua sentiasa bersama aku....
aku x dapat bayangkan...bagaimana aku ingin menenpuh satu lagi tanggungjawab yang berat selepas ini tanpa dorongan orang disekeliling ku...
bergelar seorang hamba-Nya, anak kepada ibu bapaku, kakak kepada adik ku, pekerja kepada majikan ku, pelajar, tunangan orang dan....aku hampir melangkah untuk bergelar seorang isteri...
tanggungjawab yang agak berat untuk aku pikul....namun....
aku bermohon pada-Mu....
Engkau kuatkanlah hati hambamu ini....sesungguhnya aku menuju jalan yang Engkau Redhai....
permudahkanlah segala urusan ku....

Monday, January 11, 2010

bertunang



10 Jan 10

alhamdulillah.....
segala yang dirancang telah selamat di laksanakan....
terima kasih kepada yang sama2 menjayakan majlis yang dirancang....
kepada yang hadir.....
terima kasih kerana bersama2 menyerikan majlis...



letih memang x dapat digambarkan...
namun kerana majlis yang dirancang adalah majlis yang menggembirakan...
kami semua bahagia....

majlis cukur jambul faris & pertunangan ku semuanya berjalan lancar...
alhamdulillah ramai yang hadir....

kini aku bergelar tunangan orang...
tak sangka rasenye begitu awal jodoh kami dipanjangkan...
namun...aku bersyukur kerana jodoh aku dengan insan yang aku pilih....
dan keluargaku senang dengan pilihan ku....

semoga kasih aku & dia kekal salamanya...

Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU

alhamdulillah...berakhirnye 2009..
banyak suka duka kita sebagai hambaNya kita lalui
semoga apa yang berlaku akan menjadi pengajaran pada kita semua...

tahun 2009 banyak mengajar aku erti kehidupan...
bayak mengajar aku makna sebuah pengorbanan dan ketabahan....
kasih sayang yang tiada penghujung....
rindu yang sentiasa bertapak...

semoga 2010 akan melakarkan sejuta senyuman...
mencoretkan sejuta kenangan...
atas kanvas kehidupan aku sebagai hambaNYa

010110 semoga bermula dengan kegembiraan...
kepulangan kakak ku...
100110 bermula janji baru antara aku dengan dia...
semoga kami bersama selamanya...

aku mengharapkan kebahagian yang tiada penghujungnya untuk semua...
aku mendoakan kesejahteraan untuk semua...

Tuhan ku..sesungguhnya Engkau lebih mengetahui perjalan hidup hambaMu
kurniakan lah kami kehidupan yang Engkau Redhai..