Tuesday, May 4, 2010

PETUA RUMAH TANGGA BERSAMA MERTUA;)


Antara perkara yang anda perlu tahu dan faham adalah:

1) Cuba bermesra dan tunjukkan rasa hormat kepada mereka semasa berbual.

2) Dahulukan keluarga anda - Memandangkan anda sudah berumahtangga dan mempunyai anak, keutamaan seharusnya diberikan kepada keluarga anda kini. Mungkin kedengarannya tidak patut, namun jika anda terus meletakkan ibu bapa lebih dulu daripada pasangan anda serta anak-anak, mereka akan mula berasa 'jauh' dengan anda.


3) Usah babitkan anak-anak dalam masalah - Andainya hubungan anda dengan mentua tidak begitu baik, jangan babitkan anak-anak di dalam masalah ini.


4) Dapatkan nasihat - Sesekali, mintalah pendapat atau nasihat daripada mentua anda. Dengan cara itu, mereka akan merasakan masih mempunyai peranan dalam kehidupan anak mereka selain merasa dihargai sebagai seorang yang berpengalaman.


5) Terima seadanya - Jika hubungan anda dengan mentua tidak dapat dibantu lagi, terimalah ia seadanya. Lama-kelamaan, hubungan ini akan beransur baik. Apapun, pastikan mereka tahu bahawa anda sayangkan anak mereka dan sanggup berkorban apa saja untuk keluarga.


Semoga tip ni dapat mengeratkan lagi anda dan mertua anda..

No comments :