Wednesday, October 7, 2009

hati...

semalam selepas aku mengerjakan solat maghrib tiba-tiba hati ku menjadi sayu...terasa hangat pabila tiba-tiba mengalir air jernih di pipi ku...tiba-tiba aku terfikir,bagaimana kiranya jika aku kehilangan orang-orang yang tersayang?????boleh kah aku teruskan kehidupan aku tanpa mereka....dunia telah menuju akhir zaman...satu persatu bencana datang menguji umat di alam ini...mampukah kami bersatu semula di akhirat nanti???sebak hatiku memikirkan semua itu..

pabila orang-orang yang aku sayangi berada jauh dariku walau sekejap aku sudah merindu..inikan pula sekiranya aku kehilangan mereka terus...pasti perit untuk aku terima..kehidupan aku selama ini bergantung pada mereka...tanpa mereka, aku tak kuat untuk melalui semuanya..namun aku sedar...sebagai seorang hamba-Nya...aku perlu terima segala yang telah dituliskan...terciptanya manusia adalah disebabkan oleh perjanjian antara janin itu dengan Penciptanya..aku lahir di dunia ini adalah kerana aku adalah hamba yang terpilih untuk melalui kehidupan ini walau dengan dugaan yang akan ku terima..aku harus percaya, bahawa Allah tidak akan menguji hambaNya itu sekiranya hambaNya itu tak mampu untuk menempuh ujian itu...

No comments :